Saturday 4 May 2013

Sambutan Ulang-tahun SEHEBAT kali pertama

Pada 2 Mei 2013 bersamaan dengan hari Khamis Majlis Pemimpin Pelajar SEHEBAT telah membantu para guru bagi menjayakan Majlis Sambutan Ulangtahun SEHEBAT kali pertama. Majlis ini bermula seawal jam 8 pagi. Pelajar-pelajar SEHEBAT diminta berkumpul di dewan bagi acara memotong kek. Setiap ketua dan penolong ketua rumah telah menyediakan kad bagi meraikan sambutan ulangtahun Sehebat buat kali pertama. Kemudian acara diteruskan dengan acara menanam pokok yang mewakili setiap tingkatan yang ada di SEHEBAT ada tahun 2013. Majlis telah berjalan dengan lancar. Kami dari Majlis Pemimpin Pelajar SEHEBAT 2013 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Sehebat kali pertama. Semoga nama SEHEBAT sentiasa berdiri teguh di bumi Sehebat.


KR dan PKR Delima menghulurkan kad ulangtahun kepada pengetua

Pengetua sedang memotong kek bersama para guru di atas pentas

Warga Zamrud juga tidak ketinggalan peluang untuk memberikan kad kepada pengetua

Kek ulangtahun Sehebat kali pertama

Kad ulangtahun daripada anak-anak rumah Topaz

Kad Ulangtahun Sehebat yang disediakan khas oleh anak-anak daripada rumah Nilam