Thursday 5 December 2013

Majlis Watikah Perlantikan MPP SEHEBAT

Saudari Anis Amira sedang mengetuai lafaz ikrar MPP SEHEBAT

MPP SEHEBAT Perempuan 2013










MPP SEHEBAT Lelaki 2013



Kesimpulannya majlis ini telah berjaya dilangsungkan tanpa sebarang masalah yang dihadapi. Majlis Watikah Perlantikan ini tamat pada pukul 10 pagi dan Mesyuarat Agong PIBG diadakan sejurus selepas tamatnya Majlis Watikah Perlantikan MPP SEHEBAT 2013



Outstanding leaders go out of their way to boost the self-esteem of their personnel. If people believe in themselves, it’s amazing what they can accomplish.
 -Sam Walton-



Saturday 13 July 2013

Malam Lailatul Sakinah

Pada 7 Julai 2013 Majlis Pemimpin Pelajar SEHEBAT telah mengadakan Malam Lailatul Sakinah yang bermaksud malam ketenangan. Malam Lailatul Sakinah ini telah dhadiri oleh artis terkenal Hafiz Hamidun. Majlis bermula pada pukul 8 malam bertempat di dewan Sri Banang. Beberapa sekolah turut sama dijemput untuk sama sama memeriahkan Malam Lailatul Sakinah.



Saturday 29 June 2013

Kursus Kepimpinan MPP SEHEBAT kali ke-2

Pada 21 hingga 23 Jun 2013 Majlis Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat telah mengadakan satu kursus kepimpinan buat kali kedua. Kursus ini telah dijayakan dengan kehadiran alumni dari beberapa buah sekolah berasrama penuh yang terkenal. Kursus selama 3 hari ini telah melatih dan meningkat cara berkomunikasi setiap Majlis Pemimpin Pelajar. Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh para alumni. Disamping menuntut ilmu, Majis Pemimpin Pelajar juga dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri seterusnya mengukuhkan lagi organisasi yang sudah sedia ada.

Para fasilitator bersama guru-guru pengawas

MPP SEHEBAT teun mendengar forum 

Ketua Fasilitator kita iaitu Abang Ikhmal dari SAMURA

Kumpulan Extraordinary Leader bersama fasilitatornya abang Rafiq

Saturday 4 May 2013

Sambutan Ulang-tahun SEHEBAT kali pertama

Pada 2 Mei 2013 bersamaan dengan hari Khamis Majlis Pemimpin Pelajar SEHEBAT telah membantu para guru bagi menjayakan Majlis Sambutan Ulangtahun SEHEBAT kali pertama. Majlis ini bermula seawal jam 8 pagi. Pelajar-pelajar SEHEBAT diminta berkumpul di dewan bagi acara memotong kek. Setiap ketua dan penolong ketua rumah telah menyediakan kad bagi meraikan sambutan ulangtahun Sehebat buat kali pertama. Kemudian acara diteruskan dengan acara menanam pokok yang mewakili setiap tingkatan yang ada di SEHEBAT ada tahun 2013. Majlis telah berjalan dengan lancar. Kami dari Majlis Pemimpin Pelajar SEHEBAT 2013 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Sehebat kali pertama. Semoga nama SEHEBAT sentiasa berdiri teguh di bumi Sehebat.


KR dan PKR Delima menghulurkan kad ulangtahun kepada pengetua

Pengetua sedang memotong kek bersama para guru di atas pentas

Warga Zamrud juga tidak ketinggalan peluang untuk memberikan kad kepada pengetua

Kek ulangtahun Sehebat kali pertama

Kad ulangtahun daripada anak-anak rumah Topaz

Kad Ulangtahun Sehebat yang disediakan khas oleh anak-anak daripada rumah Nilam



Saturday 27 April 2013

Program IN-TEAM di KEDAH

Pada 22-25 April 2013 MPP Sehebat Tingkatan 4 telah mengadakan satu program yang dinamakan Program IN-TEAM bersama pelajar tahun 6 di sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil 1 di Kedah. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan di antara MPP SEHEBAT bersama dunia luar serta bertujuan membantu pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini. Bas bertolak dari SEHEBAT pada pukul 10 pagi dan tiba Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil 1 pada pukul 8 malam. Setibanya MPP SEHEBAT Tingkatan 4 di SKSPK(1) , pihak SKSPK(1) telah menyediakan makan malam bagi MPP SEHEBAT Tingkatan 4, selepas sahaja menjamu selera . Majlis Pemimpin Sehebat Tingkatan 4 berkumpul di dewan sekolah SKSPK (1) bagi acara pembukaan perasmian dan pembahagian keluarga angkat. Setelah selesai majlis pembukaan itu, kesemua MPP SEHEBAT Tingkatan 4 pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Pada keesokan harinya , murid-murid tahun 6 yang akan melibatkan diri dengan program ini berkumpul di dewan sekolah SKSPK (1) . Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3 orang murid tahun 6 akan diajar oleh  seorang MPP SEHEBAT Tingkatan 4. Sesi pembelajaran diteruskan sehingga ke petang dan cuma berhenti bagi makan dan solat sahaja. Pada hari yang ketiga, tibalah masanya bagi semua MPP SEHEBAT bertolak pulang ke bumi SEHEBAT. Kebanyakan murid-murid tahun 6 bersedih atas kepulangan kakak-kakak dan abang-abang yang sudah mengajar mereka selama 3 hari dan kesemua kakak dan abang MPP SEHBAT Tingkatan 4 menerima hadiah daripada adik dan keluarga angkat mereka. Ketika dalam perjalanan pulang MPP SEHEBAT Tingkatan 4 telah singgah di Padang Besar utnuk membeli cenderamata bagi membawa pulang ke Bumi SEHEBAT. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SKSPK (1) kerana telah menerima kedatangan anak-anak SEHEBAT Tingkatan 4 dengan baik. Semoga hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak tidak akan pernah terputus. amin~





MPP SEHEBAT Tingkatan 4 sedang melakukan persembahan

Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru SKSPK (1)

Kenangan MPP SEHEBAT Tingkatan 4 bersama adik-adik angkat mereka di SKSPK (1)

Adik-adik cilik SKSPK(1) sedang melakukan persembahan bersama abang dan kakak angkat mereka




Our President with one of the SKSPK(1) teacher

Suasana sesi pembelajaran bersama adik-adik tahun 6  SKSPK (1)

MPP SEHEBAT Tingkatan 4 bersama keluarga angkat mereka

Cikgu Zainudin dan Puan Zaleha bersama guru besar SKSPK (1)