Saturday, 27 April 2013

Program IN-TEAM di KEDAH

Pada 22-25 April 2013 MPP Sehebat Tingkatan 4 telah mengadakan satu program yang dinamakan Program IN-TEAM bersama pelajar tahun 6 di sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil 1 di Kedah. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan di antara MPP SEHEBAT bersama dunia luar serta bertujuan membantu pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini. Bas bertolak dari SEHEBAT pada pukul 10 pagi dan tiba Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil 1 pada pukul 8 malam. Setibanya MPP SEHEBAT Tingkatan 4 di SKSPK(1) , pihak SKSPK(1) telah menyediakan makan malam bagi MPP SEHEBAT Tingkatan 4, selepas sahaja menjamu selera . Majlis Pemimpin Sehebat Tingkatan 4 berkumpul di dewan sekolah SKSPK (1) bagi acara pembukaan perasmian dan pembahagian keluarga angkat. Setelah selesai majlis pembukaan itu, kesemua MPP SEHEBAT Tingkatan 4 pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Pada keesokan harinya , murid-murid tahun 6 yang akan melibatkan diri dengan program ini berkumpul di dewan sekolah SKSPK (1) . Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3 orang murid tahun 6 akan diajar oleh  seorang MPP SEHEBAT Tingkatan 4. Sesi pembelajaran diteruskan sehingga ke petang dan cuma berhenti bagi makan dan solat sahaja. Pada hari yang ketiga, tibalah masanya bagi semua MPP SEHEBAT bertolak pulang ke bumi SEHEBAT. Kebanyakan murid-murid tahun 6 bersedih atas kepulangan kakak-kakak dan abang-abang yang sudah mengajar mereka selama 3 hari dan kesemua kakak dan abang MPP SEHBAT Tingkatan 4 menerima hadiah daripada adik dan keluarga angkat mereka. Ketika dalam perjalanan pulang MPP SEHEBAT Tingkatan 4 telah singgah di Padang Besar utnuk membeli cenderamata bagi membawa pulang ke Bumi SEHEBAT. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SKSPK (1) kerana telah menerima kedatangan anak-anak SEHEBAT Tingkatan 4 dengan baik. Semoga hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak tidak akan pernah terputus. amin~





MPP SEHEBAT Tingkatan 4 sedang melakukan persembahan

Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru SKSPK (1)

Kenangan MPP SEHEBAT Tingkatan 4 bersama adik-adik angkat mereka di SKSPK (1)

Adik-adik cilik SKSPK(1) sedang melakukan persembahan bersama abang dan kakak angkat mereka




Our President with one of the SKSPK(1) teacher

Suasana sesi pembelajaran bersama adik-adik tahun 6  SKSPK (1)

MPP SEHEBAT Tingkatan 4 bersama keluarga angkat mereka

Cikgu Zainudin dan Puan Zaleha bersama guru besar SKSPK (1)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home